Thursday, October 11, 2012

MAKAN BERSAMA TUTOR

Sekali lagi saya datang dengan entri yang baru. Baik, hari ini saya nak bercerita sedikit pasal Tutor kami iaitu Puan Norhayati binti Idris. Beliau merupakan Tutor kami sejak 2009 hingga kini (2012), dan sememangnya beliaulah yang akan menjadi Tutor kami sehinggalah pengajian selama 5 tahun setengah ini menemui garis penamatnya. 

Sejak bertutorkan beliau, sudah banyak aktiviti yang telah dijalankan bersama. Banyak tempat yang sudah kami lawati. Sememangnya beliau juga merupakan tutor dan pensyarah yang sangat bertanggungjawab serta mengambil berat terhadap semua tuteenya. Yang bestnya, beliau seorang tutor yang sporting..haha..

Ok untuk entri ini, saya sertakan gambar yang sempat saya rakamkan baru-baru ini di rumah beliau. Dalam gambar ini, kami telah mengadakan satu majlis makan bersama kelas BM2 dan juga kelas senior BM Sem 8. Ok itu saja yang mampu saya coretkan yang selebihnya pada gambar-gambar tersebut.

Hmm sebut pasal makan, mmg susah nak tolak tengok sajalah mmg padan dengan saiz badan sekarang nafsu makan yang mengerikan..hahaha...diet2...

 Habis sepinggan, tambah lagi..hehe..makan-makan...

Nah ambil ko, masih ingat wajah itu? Tadi sudah makan di dalam, luar rumah pun masih dengan piring yang sama tapi isi dalam perut tu saja yang berbeza...makan-makan..

Inilah kelas BM senior sem lapan tu, tahun ni last year lepas tu cikgu. waaa bagusnya dorg ni.  kebanyakannya satu umur saya.

Ni muka-muka yang lewat sampai..haha..tp yang penting mereka ada juga makan, cuma cara dia tradisional sikit, makan atas dulang beramai-ramai. Mungkin masa ni piring habis. Tapi bagus juga mcm ni, dah mcm saudara la pula dorang ni. Bagus juga la. 

Ok sekian saja untuk coretan tanak kampung, lain kali ada lagi. Jangan risau. Kalau rajin menaip + line baik punya + rajin..memang ada la tu post yang baru..hehe..

LAGI-LAGI PASAL MOMENT YANG TERTINGGAL

Lagi-lagi pasal kenangan yang tertinggal. Inilah masalahnya bila sudah ada Kamera. Snap sana, snap sini sudah terlampau banyak gambar yang diambil hingga mengalami kesukaran untuk mendokumentasikannya satu persatu dalam blog. Aduii...pengorbanan masa tidur terpaksa la dilakukan. 

Okay, hari ini saya akan hidangkan mata kalian dengan gambar-gambar yang dianggap menarik oleh saya sendiri. Tak tahulah, menarik ke tidak, saya tak berapa pandai nak menilai sejauh mana menarik sesuatu gambar itu. Apa-apapun sebagai makluman awal, gambar-gambar ni diambil daripada beberapa tempat yang berlainan dan masa yang berlainan. Tapi tak banyak la. Terpaksa dikurangkan sebab terlalu banyak.

Gambar ni diambil di kawan pekan Tambunan. Area bulatan di tengah2 jalan raya. Kegilaan tiba2 timbul akhirnya sepakat terus jadilah macam ni..haha.. Mercu tanda di Tambunan. Sompoton Gergasi.

Memorial Datu Paduka Mat Salleh. Tempat ni di Tambunan juga, kalau jalan Ranau ----> Keningau atau sebaliknya pasti akan jumpa Sign Board di tepi jalan raya.
 
 Ok..tempat ni dipercayai pernah jadi tempat persinggahan oleh askar Australia semasa perang dunia ke-II dulu. Tempat ni masih di Kawasan Tambunan. Biasa saja tempat ni, yang ada hanya Tugu ini, ada beberapa buah batu besar dan pondok yang di belakang tu. Belakang pondok tu ada pemandangan yang agak cantik iaitu kawasan bukit dan ada sungai.
 
Sepatutnya gambar ni sebelum gambar yang di atas tu, tapi tak apalah. Ok gambar ni diambil di Tambunan juga, area simpang ke Tambunan, Kota Kinabalu dan Ranau. Mercu Tanda Tambunan juga iaitu Halia. 

Ok gambar ni diambil di tempat rekreasi Poring Ranau. Tempat ni dikenali sebagai Air Terjun Langanan. Jauh juga tempat ni dari kawasan Kolam tempat mandi-manda tu, jaraknya lebih kurang 3Kilometer dan perlu mengerah tenaga yang banyak sebab terpaksa naik bukit yang agak tinggi. Hurmm seksa juga waktu pergi sana. Tapi bila dah sampai tempat ni, memang puas hati. Tak ada bayaran masuk kecuali bayaran masuk di Gate awal tu sahaja.

Nah tengok ni, muka kepenatan naik bukit untuk ke Air Terjun Langanan. Belum sampai separuh daripada perjalanan dah penat macam tak nak sambung perjalanan saja. Yang lain tu ambil masa untuk cek sana sini, sebab ada PACAT!!!..hahaha...kalau geli dengan pacat, baik jangan pergi la sini, sebab memang akan ada pacat yang melekat.

Ok, beralih kita pada masa yang lain. Gambar ni diambil di Tambunan. Masa ni kami pergi ikut tournament Futsal di Tambunan. Masa balik tu, singgahlah sekejap di sini untuk saja ambil gambar. Mmm untuk pengetahuan, Tugu ni diberi nama Gombunan dan Tamadon. Nama Tambunan diambil daripada gabungan dua-dua nama pahlawan Dusun Tambunan tersebut.

Masa ni agaknya sudah beberapa minggu selepas gambar-gambar di atas tu. Gambar ni baru lagi. Masa ni kami sengaja piknik di Sungai Bunsit Bingkor Keningau. Air sungainya jernih dan banyak IKAN!!...Tapi sayangnya, sungai ni kena Tagal. Tagal maksudnya dilarang menangkap Ikan, kalau didapati bersalah akan didenda RM5000 atau seekor Lembu. Hahaha...

Ni dorang yang lain. Ready-ready untuk mandi. Sejukk!!..

 Selepas mandi masih ada aktiviti lain sebelum balik. Mendirikan menara batu!!..haha..

Seterusnya semasa perlawanan Futsal tertutup di Kompleks Sukan Tambunan. Sepatutnya orang luar tak boleh masuk, tapi disebabkan orang sana yang membawa, terpaksa ikut sajalah. Itupun nasib baik tak menang, kalau tidak mungkin akan dikecam..hahaha..

Inilah team belasahan....tak sangka boleh kalah 3 game dalam 3 perlawanan dalam kumpulan. Agak menyedihkan juga, tapi orang bilang, yang penting MAIN dan PENGALAMAN.

Tak sangka-sangka masa perlawanan ni tiba-tiba boleh jadi orang Tambunan yang dah lama tak balik kampung. Boleh-boleh pula tu jadi sepupu orang..hahaha..







Wednesday, October 10, 2012

The Things We don't Expect To Do

Hello Pal...

Today, I gonna try to post in English. Hahaha, feel awesome when we do something we don't ever try to do, right?.. Ohh, I don't know if my writing is easy to understand. Sorry I'm just still learning through this language. Man and girl, what are u gonna thinking when u 'flashback' your old memory till today? U all must be have lot of moment that u all can't forget it right? Just like me, I've a lot of memory. And today I love to share it to you all. 
Hmm ntah apa sudah sy merapu ni. Inilah masalahnya kalau tak pandai bahasa Inggeris. Tak apalah, yang penting lepas ni saya akan cuba buat yang terbaik dalam bahasa ini.






  

What I'm thinking?.. Am I right for this way?

Sunday, October 7, 2012

Program Anak Angkat BIG FASA EMPAT

Salam kepada pembaca...

Tanggal 7hb. Oktober. 2012 maka dengan itu berakhirlah Program Anak Angkat yang telah dijalankan di Kg. Penagatan Keningau Sabah. Program ini telah dilaksanakan selama 3 hari iaitu bermula pada 5. Okt (Jumaat) hingga 7. Okt (Ahad). Sebanyak 35 orang peserta yang telah menyertai Program ini iaitu terdiri daripada 13 orang perempuan dan 22 orang lelaki. Para peserta kebanyakkannya adalah berasal daripada negeri Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung-(1 orang sahaja). Para peserta juga adalah pelatih Semester 4 di IPG Kampus Keningau dan mengambil opsyen yang sama iaitu BM,PJ dan RBT. Walau bagaimanapun, bilangan ini dipisahkan kepada 2 kelas iaitu BM1 dan juga BM2 semasa di Ipg.

Sepanjang perlaksanaan Program beberapa orang pensyarah telah datang untuk memberikan penilaian dan sengaja datang untuk melawat kami. Pensyarah penilai yang datang ialah En. Ismail Thani dan juga Pn. Norhayati binti Idris. Kedua-dua pensyarah penilai ini adalah merupakan Tutor bagi kedua-dua buah kelas yang telah menyertai Program Anak Angkat ini. Beberapa pensyarah lain yang telah datang melawat kami ialah En. Mazlan Ngah (KJ HEP IPG), Tn. Hj. Zakaria (Pak Yah), dan Pn. Hjh. Zainab Khan (Pensyarah Cemerlang). Kami sangat menghargai kunjungan mereka kerana telah sama-sama memberikan sokongan kepada kami dalam mengendalikan aktiviti di Kampung tersebut.

Secara peribadi, saya sangat menghargai penerimaan penduduk kampung terhadap kedatangan kami sebagai Anak Angkat di Kampung tersebut. Mereka memberikan layanan yang baik kepada kami sepanjang Program tersebut. Walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul, namun sebagai orang yang belajar ke arah menjadi 'bijak pandai' kami terima dan faham dengan keadaan tersebut. Segala kemungkinan yang timbul adalah berasal daripada kelemahan sendiri dan masih boleh diperbaiki pada masa yang akan datang.

Baiklah, kiranya sampai di sini sahaja untuk coretan tanak Kampung. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya muat naik dalam Blog ini pada kali ini. Kalau nak muat naik semua memang tak larat dan tersangat banyak untuk di muat naik. =)

 Berkumpul di hadapan pejabat HEP untuk sesi pelepasan pelatih yang akan bertolak ke kampung untuk Program Anak Angkat. 4 buah kelas yang terlibat iaitu, opsyen PJ, MATH, BM1 dan 2.

Yang hadir-Pengarah, Timb. Pengarah, En. Jamaluddin, YDP Hidafi (lupa nama lect yang bertudung ni)

Bacaan ikrar oleh saudara Donn Neilson

Bacaan ikrar sebelum bertolak.

Perlawanan persahabatan antara Anak Angkat dan penduduk Kg. Penagatan
Aktiviti pada hari pertama, dijalankan pada waktu malam-Dikendalikan oleh saudara Hidafi dan Siti fauzella

 Aktiviti pada hari Kedua-Senaman/ Riadah-Dikendalikan oleh saudara Jackson dan Daisy

 Walaupun hanya disertai oleh kanak-kanak di kampung tersebut, namun aktivitinya tetap berjalan dengan lancar, cuma berlaku sedkit kelewatan sahaja.

Saudara Otto a.k.a Safiq Junaidi, Jackson dan Ansi menjadi tutor untuk senaman pagi.

Selepas senaman pagi, jam 8 pagi berkumpul di balai raya untuk aktiviti kemasyarakatan.

Kumpulan 1 dan 3 membersihkan kawasan KAFA dan MASJID

Selepas aktiviti kemasyarakatan, seterusnya aktiviti di tengahari bersiar-siar di rumah keluarga angkat kawan-kawan..makan mangga!!..

Sebelah petang, masa untuk sukaneka, pelatih Ipg mengendalikan sepenuhnya aktiviti pada petang itu.

Juru gambar tak selalunya ada muka, kadang-kadang sahaja, ini sajalah yang ada.

Sempat bergaya walau kepenatan.

Hari ketiga, hari terakhir-menyanyikan lagu Negara Ku.

Mendengar ucapan oleh YB.

Wednesday, August 15, 2012

Pengalaman Berasaskan Sekolah yang Terakhir kalinya...

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

Tanggal 15.August.2012 pada hari Rabu maka dengan secara rasminya Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih di setiap IPG telahpun selesai dilaksanakan dengan PBS yang terakhir ini. Dalam kesempatan ini, saya dengan sukacitanya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru pelatih yang seangkatan dengan saya kerana selesai melaksanakan PBS di sekolah pilihan masing-masing.

Berbeza dengan PBS sebelum ini, saya telah memutuskan untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain dan menginap di rumah seorang rakan PBS yang sama. Ini merupakan satu pengalaman yang baru kepada saya sebagai warga asing di tempat yang baru. Oleh itu, saya juga turut ingin merakamkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga En. Juanis Tingadon yang secara dengan tangan yang terbuka menerima kehadiran kami di rumah mereka selama 3 hari berPBS ini.

PBS pada kali ini adalah suatu pengalaman yang paling singkat untuk dikongsikan bersama, kerana PBS ini perlu dilaksanakan selama 3 hari sahaja berikutan cuti ganti raya dan juga cuti umum bagi seluruh sekolah di Malaysia. Oleh yang demikian, kami terpaksa melaksanakan PBS ini dengan kadar masa yang cepat. 

Hari pertama (Isnin), berjumpa dan diberi taklimat oleh guru besar dan penolong kanan HEM di bilik Makmal Komputer

Rehat, tidak puasa makanlah jawabnya..

Inilah kami, minta jasa baik seorang guru perempuan untuk mengambil foto sebelum balik rumah..

Hari kedua, datang awal...


Melaksanakan tugasan RBT bersama guru KH dan Panitia KH

Menemubual En. Junaidi (Guru KH)

Stor-Keadaan yang kurang terurus disebabkan kekurangan tempat untuk penyusunan barang-barang ini.

Hari ketiga-Naik belakang trak (D-Max)

Perjalanan yang agak jauh dan berhabuk...

Mengambil dan memilih alatan yang akan digunakan semasa P dan P Pendidikan Jasmani.


Saudara Amodd

Santai 

Pengajaran Drill oleh En. Ardy Rechie Apang

Murid-murid tahun Enam

Saudara Ardy

Makan malam di rumah Amodd

Drill oleh En. Ardy

Saudara Jackson Jadi

Saya...

Penerangan aktiviti

Warga Sk Kampung Baru..

Dalam masa yang singkat, Ardy Rechie tidak mensia-siakan peluang dan pengalaman yang ada untuk mengadili pertandingan bercerita

Para penonton yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid

Khusyuk...kadang-kadang bising juga ni..

Pemenang Johan, Naib Johan dan ketiga dalam kategori Tahap 1.

Johan, Naib Johan dan Ketiga dalam kategori Tahap 2.

Disebabkan Kamera Nikon habis cas bateri, terpaksa guna HP Sony...hmmm sangat membantu jugala..yg penting memori tersimpan. Selamat Tinggal PBS fasa 4-terakhir.

Praktikum----you are welkam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...