Wednesday, February 22, 2012

Sepanjang Aktiviti Tanak kampung di Kampung

Apabila tiba masa cuti minggu, bulan...saya dengan senang hati balik kampung sebab boleh tidur lebih dan bangun lewat sikit....siapa setuju!!??..hehe...kali ni saya tak nak cakap banyak2 la...mau tdur.. malam suda ni sy post..bukan malam lagi ni..subuh suda...dah nak pagi..besok kuliah lagi..bah3..last but not the least...hehe betul kaitu?...hntam sja la..mls lg nak rujuk google translate..

This is My Kampung....jalan raya sudah berturap..okla sikit...kalau nak pergi pekan pun dah tak ambil masa yang lama...

Sekolah Konsep baru...pertama di Kota Belud selain sebuah lagi sekolah di sebelah pekan Kota Belud(tak pasti nama sekolah tersebut).Sk Rosok.

My Tamu....dulu bnyak betul orang berniaga/mnjaja sayur dsini..namun bila sudah maju...skrng mcm semakin terhapus....harap2 ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mewujudkan semula seri Tamu Hari Empat/Ampat ini...

My Elder Sister and My Cousin...pigi kebun...ambil buluh lemang....jual.

Kukuhub-pondok teduh. 

kebun jagung+pisang+sayur dsb....;-)

anak buah..Amir..

Tanaman Sihat+Tanah Subur=Cepat Berbuah...

Labu Manis-Kadalang(Dusun)...sedap untuk sayur. bila sudah matang, sangat bagus untuk dbuat bubur...mmm..

Buluh Lemang...

Sungai Bugaron(Right) and sungai Tongkosing(Left)

buluh lemang mesti dipotong berhati-hati menggunakan gergaji besi.paip pvc supaya kesan potongan nampak cantik dan kemas..

potongan buluh harus pada ukuran yang betul/sesuai...x boleh terlalu panjang dan x boleh terlalu pendek..

lagi gambar tentang sungai...

okla...penat suda ni...sampai sini sajalah dulu....sekian...semoga kita bertemu lagi....

My Second PBS at SK Tuarid Keningau

Untuk post yang seterusnya, saya ingin mengongsikan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang PBS-Pengalaman Berasaskan Sekolah di sebuah sekolah luar bandar yang terdapat di Daerah Keningau Sabah. Sekolah ini agak kecil sahaja kawasannya dan mempunyai pelajar yang berjumlah sederhana. kebanyakan tenaga pengajar yang mengajar di tempat ini adalah warga tempatan dan juga beberapa orang daripada Semenanjung. Percampuran ini jelas menunjukkan konsep satu Malaysia walaupun tidak begitu ketara kerana bilangan yang tidak ramai. 

Satu perkara tragis telah berlaku sebelum kami ber PBS di sekolah ini. Hari Sabtu sebelum hari isnin di hari kami ber PBS telah berlaku satu kebakaran yang menyebabkan tiga kelas telah hangus serta merta. Walau bagaimanapun, pihak sekolah ini sangat berkomited dalam sesi p&p murid-murid. Walaupun telah berlaku kekurangan seperti ini, pihak sekolah tidak menisytiharkan cuti sebaliknya tetap melangsungkan hari persekolahan seperti biasa sama seperti sekolah-sekolah yang lain. Jadilah Pendidik yang Berkomited.

manusia dalam gambar-Megritta dan Loqman; berlatarkan bangunan Sekolah yang terbakar. Senyuman tu tak memberikan makna apa2..jgn salah sangka..

perhimpunan pada hari Isnin, teringat zaman kanak-kanak dulu..berbaris mula daripada tahun 1 hinggalah Tahun 6..dan Para pengawas yang berbaris di belakang barisan untuk mengawasi tingkah laku murid-murid yang lain.

Pemandangan daripada bilik Penolong kanan 1 sekolah Sk Tuarid Taud.

Cermin boleh pecah walaupun jarak bangunan yang terbakar adalah lebih daripada 10 meter...

Bila tak ada guru yang mengajar..kami ambil alih namun bukannya mengajar tetapi membawa murid-murid untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan....rindu pla masa tu..hehe..;P

Perhimpunan pada hari terakhir kami PBS..hari jumaat. Kebetulan kami berPBS selepas beberapa hari perayaan Hari Raya dirayakan...sejurus dengan itu Sekolah ini telah menyambut Hari Raya bersama murid-murid, staf-staf dan pekerja yang lain di samping sebagai majlis perpisahan untuk kami...

Cikgu Shikin dan Cikgu Loqman sibuk melayan kerenah murid-murid yang ingin meminta tandatangan dan nombor telefon. Beginilah murid-murid apabila dilayan menjadi anak murid yang disayangi..hehe..

"kami ni artis-penyanyi sekolah..."...request daripada murid-murid tahun 6 dan 5..."Cikgu gambarlah kami"..hehe...Cikgu harus memberikan peluang kepada murid-muridnya..

sebelum melangkah pulang...kami berkolaborasi bersama dengan Guru Besar di Sekolah ini di samping bergambar bersama sebagai bukti Kolaborasi. Sekian...;-)

Aktiviti-Aktiviti yang tertinggal...

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua warga penceroboh Blog yang saya kasihi dan hormati. Pada masa kelapangan ini, saya dengan rasa senang hati dan lapang sengaja dan ikhlas untuk meng"uplod" gambar-gambar aktiviti-aktiviti yang tertinggal...

Banyak kenangan yang telah berlaku dan terjadi sebelum ini. Saya sendiri berasa sangat terkilan dengan keadaan diri saya yang agak pemalas sejak kebelakangan ini. Oleh itu, dengan tekad untuk berjaya (mcm lirik lagu la pulak) saya mengorak langkah bermulanya pada hari/waktu ini berusaha untuk melakukan tugas-tugas yang menjadi keutamaan kepada saya sebagai manusia yang penyayang...haha...;P

Apa khabar semua Blogwalking?...Semoga dalam pertemuan kita pada kali ini sedikit sebanyak memberikan faedah dan pengalaman yang baharu buat anda dan saya sendiri..(komen2 la sikit)..

Kalau anda semua nak tahu, pada saat ini (23-2-2012-2.48am), saya baru sahaja selesai Print Tugasan EDU3104 yang perlu saya hantar untuk pagi pada tarikh yang tertera ini. Sapa suruh KERJA LAST MINIT!!!...Ambik ko...baru ko tau Kamlit!..

Ok la..Tanpa Membuang tenaga dan masa saya serta anda sebagai peminat setia dan setia paksa Blog ini, ingin saya kongsikan beberapa gambar yang mungkin menarik dan juga mungkin tidak menarik untuk ditatap.....Silakan...~~

Pekan Kota Belud-Bangunan Hardware New Likson

Pintu Masuk Kedua di Kubu Memorial Park Kundasang Ranau.

Keadaan Kubu Memorial Park yang mengalami perubahan. Dindingnya dipecahkan/diruntuhkan. Dulu ada dinding batu yang sangat tebal-hasil seni orang barat-mungkin juga orang tempatan menjadi buruh suruhan.

Lansdkap yang menarik. 

You Are Welcome Here...

At Desa Cattle-Kampung Desa...orang bilang tempatnya seperti di New Zealand..kalau nak tahu keadaan tempat ni sendiri, silalah bertandang ke Kampung Desa...Layanan yang baik akan diberikan...

Permukaan batu yang menarik...simbolik Gunung Kinabalu.

My mom and her Friend...Aunty Risah-Beli bunga...

Bunga kaktus..blm ada bunga..

My Brother-Edward Kindan

oh ya..lupa nak bagitahu aktiviti ni, sebenarnya aktiviti ini adalah anjuran gereja SDA Kg. Rantai Rosok. saya ikut2 saja...aktiviti hari keluarga. Ini merupakan tempat penginapan kami sepanjang aktiviti itu...dua hari satu malam saja pun. tempat ni terlalulah sejuk...sampai ke sumsum tulang rasanya...nama tempat ni Retreat Center, Kundasang Ranau.

Jambatan gantung yang terdahulunya ditukar dengan jambatan yang lebih kukuh dan tidak menggayatkan pejalan kaki untuk berjalan menuju ke Kolam Air Panas, Air Terjun, Kolam Renang, Monkey Bridge..dsb...Di Poring bah ni..Silalah Datang.

ini merupakan Ikan Kelah-Semenanjung. Ikan Pait-Rantai Rosok. Ikan Pelian-sesetengah Tempat lain. Tempat ini merupakan satu tempat yang agak menakjubkan dengan himpunan ikan-ikan yang jinak dan banyak dalam sebatang sungai yang sederhana lebarnya. Dikatakan ikan-ikan ini mampu untuk melakukan urutan terapi pada kulit anda.

My mom is playing with Ikan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...