Sunday, April 15, 2012

Favourite...

Salam kepada rakan taulan....makin lama, makin malas pla ni mau update Blog...bah x cerita sda..mau buat cmna lagi..tp sy tetap akan terus berusaha hingga ke jam2 yang terakhir...

hari ini, saja sy nak kongsikan dengan semua KARTUN FEVRET saya sejak lahir..ceh..mcm trus lahir trus dapat tengok TV..kalau cakap pasal TV, saya pernah rasa mcmna tengok kartun dalam TV hitam putih. hehe...ingat2 skrg...mmg penuh kenangan.

Ingatkah lagi anda dengan karakter SON GOKU/Sujikon? Budak yang pada mulanya begitu daif dan hidup dengan berkawan dengan hidupan, haiwan2 dan sebagainya...berhati baik/suci sebab tu la dapat naik awan Nimbus/awan Guling....

Duluuuuu...abang saya pun kaki komik jg. Sejak dari itulah saya mengenali kartun ini...hehe..awalnya ingat nak kumpul komik kartun ni sebagai koleksi..namun disebabkan kewangan/faktor ekonomi yang tidak mengIZINkan terpaksalah melupakan hasrat tersebut....

TAPI TAK SANGKA....sampai sekarang, saya masih meminati KOMIK ini...mantaplah...

Goku masa kecil

Goku apabila berguru dengan mahaguru Muten

karakter Goku semasa berlawan dengan Pikor Tua

Zaman Budak sekolah...suka betul melukis...lukis kartun Goku jadi pilihan..

Evolusi Goku

Super Goku

Super Saiyan

Dragon Ball GT goku menjadi kecil?!!

Sebelum kejadian...Raja Pilaf yang telah menyebabkan Goku menjadi kecil..

walaupun kecil..kekuatan Goku sedikit pun tidak berubah

The great Saiyan Prince..Super Saiya 4-Kakaroct@Goku

hmmm...apa kata anda?..sampai sekarang..sy masih minat dengan kartun ini...sangat berpuas hati bila kawan ada menyimpan dan menDOWNLOAD kartun ini daripada episod awal hingga akhir..ble jg layan time boring..hehehe...TQ. Love Anime



Sunday, April 8, 2012

My Third PBS at SK Rosok

Semua pelatih IPG mengimpikan untuk cuba berPBS di tempat sendiri. PBS dalam kata penuhnya ialah Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu program wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru pelatih di IPG sebagai landasan untuk menimba pengalaman sebagai seorang guru kelak dan sebagai persediaan untuk membiasakan diri sebelum melangkah ke alam praktikum.

Saya sendiri sebagai anak jati Rosok rasa teruja untuk melaksanakan program ini kerana sekolah ini merupakan bekas sekolah saya sendiri. Oleh itu, saya dapat bertemu semula dengan bekas guru saya serta dapat peluang untuk memasuki kelas-kelas yang muridnya ada diantaranya ialah anak buah dan sepupu.

PBS selama 1 minggu ini sangat memberikan kepuasan kepada saya kerana Pengalaman yang telah saya perolehi sangat berbaloi dan memberikan cabaran kepada saya sebagai bakal guru pada era akan datang. Sekian sahaja coretan, seterusnya saya sajikan anda dengan gambar sepanjang saya berPBS seorang diri di Sekolah Kebangsaan Rosok Kota Belud, Sabah.






















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...