Wednesday, August 15, 2012

Pengalaman Berasaskan Sekolah yang Terakhir kalinya...

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

Tanggal 15.August.2012 pada hari Rabu maka dengan secara rasminya Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih di setiap IPG telahpun selesai dilaksanakan dengan PBS yang terakhir ini. Dalam kesempatan ini, saya dengan sukacitanya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru pelatih yang seangkatan dengan saya kerana selesai melaksanakan PBS di sekolah pilihan masing-masing.

Berbeza dengan PBS sebelum ini, saya telah memutuskan untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain dan menginap di rumah seorang rakan PBS yang sama. Ini merupakan satu pengalaman yang baru kepada saya sebagai warga asing di tempat yang baru. Oleh itu, saya juga turut ingin merakamkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga En. Juanis Tingadon yang secara dengan tangan yang terbuka menerima kehadiran kami di rumah mereka selama 3 hari berPBS ini.

PBS pada kali ini adalah suatu pengalaman yang paling singkat untuk dikongsikan bersama, kerana PBS ini perlu dilaksanakan selama 3 hari sahaja berikutan cuti ganti raya dan juga cuti umum bagi seluruh sekolah di Malaysia. Oleh yang demikian, kami terpaksa melaksanakan PBS ini dengan kadar masa yang cepat. 

Hari pertama (Isnin), berjumpa dan diberi taklimat oleh guru besar dan penolong kanan HEM di bilik Makmal Komputer

Rehat, tidak puasa makanlah jawabnya..

Inilah kami, minta jasa baik seorang guru perempuan untuk mengambil foto sebelum balik rumah..

Hari kedua, datang awal...


Melaksanakan tugasan RBT bersama guru KH dan Panitia KH

Menemubual En. Junaidi (Guru KH)

Stor-Keadaan yang kurang terurus disebabkan kekurangan tempat untuk penyusunan barang-barang ini.

Hari ketiga-Naik belakang trak (D-Max)

Perjalanan yang agak jauh dan berhabuk...

Mengambil dan memilih alatan yang akan digunakan semasa P dan P Pendidikan Jasmani.


Saudara Amodd

Santai 

Pengajaran Drill oleh En. Ardy Rechie Apang

Murid-murid tahun Enam

Saudara Ardy

Makan malam di rumah Amodd

Drill oleh En. Ardy

Saudara Jackson Jadi

Saya...

Penerangan aktiviti

Warga Sk Kampung Baru..

Dalam masa yang singkat, Ardy Rechie tidak mensia-siakan peluang dan pengalaman yang ada untuk mengadili pertandingan bercerita

Para penonton yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid

Khusyuk...kadang-kadang bising juga ni..

Pemenang Johan, Naib Johan dan ketiga dalam kategori Tahap 1.

Johan, Naib Johan dan Ketiga dalam kategori Tahap 2.

Disebabkan Kamera Nikon habis cas bateri, terpaksa guna HP Sony...hmmm sangat membantu jugala..yg penting memori tersimpan. Selamat Tinggal PBS fasa 4-terakhir.

Praktikum----you are welkam...

Monday, August 13, 2012

Pengurusan Kewangan!!!

Salam kepada blogger semua. Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit tentang topik pengurusan kewangan peribadi. Hal ini disebabkan masalah kewangan yang melanda penulis ini sendiri..adoiiiiii....$$$$

Sudah 4 semester dalam program PISMP di IPG Kampus Keningau dengan elaun yang agak lumayan sebagai guru pelatih. Rentetan itu, makanya sudah 4 semester penulis mengalami kegagalan dalam pengurusan duit elaun ataupun kewangan...cis!!!...

MASA ni, muka penulis dah hampir sama dengan muka dalam gambar tu. Aiya, kenapa jadi macam ni?...Belum kahwin lagi, belum ada Girlfriend (ekkk...promote hahahaha..), blm ada org yang perlu ditanggung punnn masih gagal.

Elaun untuk semester 4 habis untuk beli itu dan ini, dan benda yang paling tidak menariknya ialah menggunakan elaun itu untuk perkara yang tidak munasabah!!!....silakak kad turang putih..hahaha...
siapa suruh tak fikir masak-masak...kena sendiri baru tahu...keteh!!!!..


naa kan tengok kan sudah kampis barait...terpaksa minta belas kasihan dengan orang yang masih kaya-kaya...hahaha..thanks friend...mmg kamu sangat memahami diriku saat ini....wakaka...apa-apapun, saya tetap berharap nanti saya akan jumpa jalan penyelesaiannya. Tuhan bantu diri ini. Amen.


Tabung!!!???....hahaha....taik la kalau ada tabung. hmmm simpan duit pun tidak dapat inikan lagi ada tabung untuk diri sendiri.. terpaksa BAPA jugalah yg jadi pengharapan. Hmmm...tapi setakat ini belum lagi la..yes!!!..hihi...ok la...sekadar perkongsian, manala tau kan, kamu pun ada pengalaman mcm  ni..jadi kalau kamu ada apa2 cara yg terbaik untuk halang guna duit..bah kasi kumin2 la sanaaa bawah kio.. pounsikou..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...