Tuesday, April 30, 2013

Praktikum Fasa 1 (Gambar)

 Guru pelatih Praktikum Fasa 1 dengan Guru pelatih PBS Fasa 1

 Guru Pelatih PBS Fasa 1

 Bersama-sama dengan guru pelatih Fasa 3 untuk mengelolakan aktiviti 1m1s (Bola Tampar)

 Guru pelatih bersama-sama dengan murid dalam program 1m1s

 Kelas Tahun 5 Cemerlang

 Murid Tahun 5 Cemerlang menjawab soalan Diagnostik

 Pusat Sumber tempat "lepak" Guru-guru pelatih berikutan ruang bilik guru yang tidak mencukupi.

 Semasa penyeliaan PR1 oleh Pensyarah penilai-En. Ismail Thani

 Membantu guru pelatih Fasa 3 semasa penganjuran minggu Matematik.

 Antara kumpulan murid yang "didera" semasa berada di stesen saya. :)
 Murid-murid diberikan taklimat sebelum aktivti dijalankan. Semasa minggu Bahasa Melayu.

 Antara kumpulan murid yang mengambil bahagian dalam aktiviti minggu Bahasa Melayu.
 Kantin sekolah yang menyediakan menu makanan yang agak memuaskan. :)

 Bangunan sekolah yang dibina hasil kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa murid.

 Dewan terbuka/tapak perhimpunan S.K Patikang Laut.

 Bilik sains.

Aktiviti Guru Penyayang. Cikgu Masniza dan Cikgu Durrani. Guru pelatih Bahasa Melayu Praktikum Fasa 3.

 Guru-guru yang turun padang. Dilihat Guru besar puan hjh. Chee Wee Liang dan guru panitia bahasa Melayu puan. Rusni Awang.

 Selepas aktiviti guru penyayang, kejutan diberikan oleh guru besar. Makan lagi!

 Cikgu Michelle, saya dan Cikgu Josephine.

 Penolong kanan HEM. Cikgu Arrinin memotong kepingan zink untuk projek papan tanda.

 Membersihkan permukaan zink yang siap dipotong.

 Aktiviti semasa penganjuran Minggu Bahasa Melayu sambil diperhatikan oleh Guru besar.

 Penyampaian cenderahati kepada guru-guru pelatih oleh Guru Besar. Majlis perpisahan yang diadakan 1 minggu awal memandangkan guru-guru pelatih praktikum fasa 3 akan menamatkan sesi praktikum pada minggu tersebut.

 Guru-guru pelatih bergambar bersama dengan guru besar, guru pembimbing.

 Selepas itu, makan lagi. Banyak kali makan dalam minggu yang sama. Selepas majlis penyampaian cenderahati dan ucapan perpisahan.

 Guru besar S.K Patikang Laut.

 Minggu terakhir bersama murid-murid.

Bergambar bersama dengan murid-murid kelas Tahun 5 Cemerlang.

Sekian, semoga berjumpa pada praktikum Fasa 2.

Praktikum Fasa 1


Setelah bertahun-tahun lamanya berada di IPG Kampus Keningau, maka pada tarikh 1.April.2013 kami telah memulakan satu lembaran baru yang sangat bermakna di dalam hidup kami sebagai Guru Pelatih. Selama 1 bulan tempoh kami menjalani praktikum di sekolah-sekolah yang telahpun ditentukan oleh Jabatan Praktikum IPG, dan oleh itu saya dan beberapa orang rakan ditempatkan di sebuah sekolah yang agak kecil namun sangat memberikan satu pengalaman yang baik kepada kami. S.K Patikang Laut

Sebelum itu, ada baiknya saya untuk menyatakan beberapa perkara tentang sekolah ini sebagai gambaran. Sekolah ini terletak di kawasan Daerah Keningau. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang pengukuran, namun dalam agakkan saya, jarak sekolah ini daripada pekan Keningau adalah dalam jarak lebih kurang 3KM (4 minit perjalanan). Sekolah ini bukanlah sebuah sekolah yang besar namun ianya tetap mempunyai golongan guru-guru yang berpengalaman dan berpendidikan tinggi. Jumlah pelajar juga adalah sedikit iaitu tidak lebih daripada 200 orang. Disebabkan sekolah ini mempunyai jumlah bangunan yang sedikit, maka aktiviti pengajaran dilaksanakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan juga sesi petang. Sesi pagi lebih diutamakan kepada pelajar Tahap 2(Tahun 4-6), manakala sesi petang pula ialah Tahap 1(Tahun 1-3).

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana jarak sekolah ini daripada IPG adalah tidak jauh iaitu hanya mengambil masa sebanyak 7 minit untuk sampai di kawasan sekolah. Lokasi sekolah ini bukanlah terletak di tempat yang mudah dilihat seperti sekolah-sekolah lain. Lokasi sekolah ini adalah bersebelahan dengan ladang getah penduduk dan semestinya berada dekat dengan Kampung Patikang Laut. Namun demikian, untuk mencari sekolah ini ianya bukanlah sesuatu yang sukar kerana terdapat penanda jalan pada bahagian bahu kiri jalan sekiranya perjalanan anda menuju ke gunung Kimanis. Di samping itu, simpang jalan menuju ke sekolah ini juga berhadapan dengan Jabatan Meteorologi Keningau. Oleh yang demikian, untuk lebih memudahkan untuk ke sekolah ini hanyalah perlu mengenalpasti kedudukan Jabatan Meteorologi tersebut.

Sesungguhnya, praktikum Fasa 1 ini adalah sesuatu yang sangat memberikan cabaran kepada saya. Sepanjang menjalani praktikum ini, perkara pertama yang sangat membebankan saya ialah membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Saya mendapati bahawa, untuk membuat RPH ini sangat memerlukan ketelitian dan kreativiti seorang guru. Namun demikian, saya bersyukur kerana pada praktikum Fasa 1 ini, saya hanya perlu membuat 1 jenis RPH sahaja iaitu hanya untuk pengajaran Bahasa Melayu ataupun Opsyen Major saya iaitu Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, saya cenderung untuk lebih fokus terhadap RPH untuk subjek tersebut.

Tempoh 1 bulan bukanlah sesuatu tempoh yang sangat lama sebenarnya, namun disebabkan cabaran semasa berpraktikum di samping tugasan yang belum siap menyebabkan tempoh ini bagaikan sesuatu tempoh yang sangat lama kepada saya. Namun, dalam tempoh ini, saya dan rakan-rakan yang lain berpeluang untuk bersama-sama dengan beberapa orang rakan senior yang juga berpraktikum (Fasa 3) di sekolah yang sama. Oleh yang demikian, sepanjang tempoh ini, saya berpeluang untuk mendapatkan maklumat dan tunjuk ajar daripada mereka untuk membina RPH, Jurnal, Portfolio dan sebagainya. Kehadiran mereka ini sangat memberikan manfaat kepada saya dan rakan-rakan yang lain.

Sesungguhnya, perkara yang diharapkan daripada praktikum Fasa 1 ini adalah sesuatu yang baik agar dapat kami gunakan dan aplikasikan ia pada fasa praktikum yang seterusnya. Sepanjang berada di sekolah ini, pengalaman daripada guru-guru dan murid-murid sangat memberikan impak yang baik kepada saya dan juga rakan-rakan. Praktikum fasa 1 ini sememangnya adalah satu permulaan kepada langkah saya untuk menjadi guru. Praktikum fasa 2 dan 3 masih lagi berada di hadapan dan akan setia menunggu kehadiran saya dan rakan-rakan yang lain. Semoga, perkara baik yang telah kami perolehi daripada praktikum fasa 1 ini akan lebih mematangkan saya untuk menjalani sesi praktikum yang seterusnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...