Sunday, October 7, 2012

Program Anak Angkat BIG FASA EMPAT

Salam kepada pembaca...

Tanggal 7hb. Oktober. 2012 maka dengan itu berakhirlah Program Anak Angkat yang telah dijalankan di Kg. Penagatan Keningau Sabah. Program ini telah dilaksanakan selama 3 hari iaitu bermula pada 5. Okt (Jumaat) hingga 7. Okt (Ahad). Sebanyak 35 orang peserta yang telah menyertai Program ini iaitu terdiri daripada 13 orang perempuan dan 22 orang lelaki. Para peserta kebanyakkannya adalah berasal daripada negeri Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung-(1 orang sahaja). Para peserta juga adalah pelatih Semester 4 di IPG Kampus Keningau dan mengambil opsyen yang sama iaitu BM,PJ dan RBT. Walau bagaimanapun, bilangan ini dipisahkan kepada 2 kelas iaitu BM1 dan juga BM2 semasa di Ipg.

Sepanjang perlaksanaan Program beberapa orang pensyarah telah datang untuk memberikan penilaian dan sengaja datang untuk melawat kami. Pensyarah penilai yang datang ialah En. Ismail Thani dan juga Pn. Norhayati binti Idris. Kedua-dua pensyarah penilai ini adalah merupakan Tutor bagi kedua-dua buah kelas yang telah menyertai Program Anak Angkat ini. Beberapa pensyarah lain yang telah datang melawat kami ialah En. Mazlan Ngah (KJ HEP IPG), Tn. Hj. Zakaria (Pak Yah), dan Pn. Hjh. Zainab Khan (Pensyarah Cemerlang). Kami sangat menghargai kunjungan mereka kerana telah sama-sama memberikan sokongan kepada kami dalam mengendalikan aktiviti di Kampung tersebut.

Secara peribadi, saya sangat menghargai penerimaan penduduk kampung terhadap kedatangan kami sebagai Anak Angkat di Kampung tersebut. Mereka memberikan layanan yang baik kepada kami sepanjang Program tersebut. Walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul, namun sebagai orang yang belajar ke arah menjadi 'bijak pandai' kami terima dan faham dengan keadaan tersebut. Segala kemungkinan yang timbul adalah berasal daripada kelemahan sendiri dan masih boleh diperbaiki pada masa yang akan datang.

Baiklah, kiranya sampai di sini sahaja untuk coretan tanak Kampung. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya muat naik dalam Blog ini pada kali ini. Kalau nak muat naik semua memang tak larat dan tersangat banyak untuk di muat naik. =)

 Berkumpul di hadapan pejabat HEP untuk sesi pelepasan pelatih yang akan bertolak ke kampung untuk Program Anak Angkat. 4 buah kelas yang terlibat iaitu, opsyen PJ, MATH, BM1 dan 2.

Yang hadir-Pengarah, Timb. Pengarah, En. Jamaluddin, YDP Hidafi (lupa nama lect yang bertudung ni)

Bacaan ikrar oleh saudara Donn Neilson

Bacaan ikrar sebelum bertolak.

Perlawanan persahabatan antara Anak Angkat dan penduduk Kg. Penagatan
Aktiviti pada hari pertama, dijalankan pada waktu malam-Dikendalikan oleh saudara Hidafi dan Siti fauzella

 Aktiviti pada hari Kedua-Senaman/ Riadah-Dikendalikan oleh saudara Jackson dan Daisy

 Walaupun hanya disertai oleh kanak-kanak di kampung tersebut, namun aktivitinya tetap berjalan dengan lancar, cuma berlaku sedkit kelewatan sahaja.

Saudara Otto a.k.a Safiq Junaidi, Jackson dan Ansi menjadi tutor untuk senaman pagi.

Selepas senaman pagi, jam 8 pagi berkumpul di balai raya untuk aktiviti kemasyarakatan.

Kumpulan 1 dan 3 membersihkan kawasan KAFA dan MASJID

Selepas aktiviti kemasyarakatan, seterusnya aktiviti di tengahari bersiar-siar di rumah keluarga angkat kawan-kawan..makan mangga!!..

Sebelah petang, masa untuk sukaneka, pelatih Ipg mengendalikan sepenuhnya aktiviti pada petang itu.

Juru gambar tak selalunya ada muka, kadang-kadang sahaja, ini sajalah yang ada.

Sempat bergaya walau kepenatan.

Hari ketiga, hari terakhir-menyanyikan lagu Negara Ku.

Mendengar ucapan oleh YB.

Wednesday, August 15, 2012

Pengalaman Berasaskan Sekolah yang Terakhir kalinya...

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

Tanggal 15.August.2012 pada hari Rabu maka dengan secara rasminya Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih di setiap IPG telahpun selesai dilaksanakan dengan PBS yang terakhir ini. Dalam kesempatan ini, saya dengan sukacitanya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru pelatih yang seangkatan dengan saya kerana selesai melaksanakan PBS di sekolah pilihan masing-masing.

Berbeza dengan PBS sebelum ini, saya telah memutuskan untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain dan menginap di rumah seorang rakan PBS yang sama. Ini merupakan satu pengalaman yang baru kepada saya sebagai warga asing di tempat yang baru. Oleh itu, saya juga turut ingin merakamkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga En. Juanis Tingadon yang secara dengan tangan yang terbuka menerima kehadiran kami di rumah mereka selama 3 hari berPBS ini.

PBS pada kali ini adalah suatu pengalaman yang paling singkat untuk dikongsikan bersama, kerana PBS ini perlu dilaksanakan selama 3 hari sahaja berikutan cuti ganti raya dan juga cuti umum bagi seluruh sekolah di Malaysia. Oleh yang demikian, kami terpaksa melaksanakan PBS ini dengan kadar masa yang cepat. 

Hari pertama (Isnin), berjumpa dan diberi taklimat oleh guru besar dan penolong kanan HEM di bilik Makmal Komputer

Rehat, tidak puasa makanlah jawabnya..

Inilah kami, minta jasa baik seorang guru perempuan untuk mengambil foto sebelum balik rumah..

Hari kedua, datang awal...


Melaksanakan tugasan RBT bersama guru KH dan Panitia KH

Menemubual En. Junaidi (Guru KH)

Stor-Keadaan yang kurang terurus disebabkan kekurangan tempat untuk penyusunan barang-barang ini.

Hari ketiga-Naik belakang trak (D-Max)

Perjalanan yang agak jauh dan berhabuk...

Mengambil dan memilih alatan yang akan digunakan semasa P dan P Pendidikan Jasmani.


Saudara Amodd

Santai 

Pengajaran Drill oleh En. Ardy Rechie Apang

Murid-murid tahun Enam

Saudara Ardy

Makan malam di rumah Amodd

Drill oleh En. Ardy

Saudara Jackson Jadi

Saya...

Penerangan aktiviti

Warga Sk Kampung Baru..

Dalam masa yang singkat, Ardy Rechie tidak mensia-siakan peluang dan pengalaman yang ada untuk mengadili pertandingan bercerita

Para penonton yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid

Khusyuk...kadang-kadang bising juga ni..

Pemenang Johan, Naib Johan dan ketiga dalam kategori Tahap 1.

Johan, Naib Johan dan Ketiga dalam kategori Tahap 2.

Disebabkan Kamera Nikon habis cas bateri, terpaksa guna HP Sony...hmmm sangat membantu jugala..yg penting memori tersimpan. Selamat Tinggal PBS fasa 4-terakhir.

Praktikum----you are welkam...

Monday, August 13, 2012

Pengurusan Kewangan!!!

Salam kepada blogger semua. Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit tentang topik pengurusan kewangan peribadi. Hal ini disebabkan masalah kewangan yang melanda penulis ini sendiri..adoiiiiii....$$$$

Sudah 4 semester dalam program PISMP di IPG Kampus Keningau dengan elaun yang agak lumayan sebagai guru pelatih. Rentetan itu, makanya sudah 4 semester penulis mengalami kegagalan dalam pengurusan duit elaun ataupun kewangan...cis!!!...

MASA ni, muka penulis dah hampir sama dengan muka dalam gambar tu. Aiya, kenapa jadi macam ni?...Belum kahwin lagi, belum ada Girlfriend (ekkk...promote hahahaha..), blm ada org yang perlu ditanggung punnn masih gagal.

Elaun untuk semester 4 habis untuk beli itu dan ini, dan benda yang paling tidak menariknya ialah menggunakan elaun itu untuk perkara yang tidak munasabah!!!....silakak kad turang putih..hahaha...
siapa suruh tak fikir masak-masak...kena sendiri baru tahu...keteh!!!!..


naa kan tengok kan sudah kampis barait...terpaksa minta belas kasihan dengan orang yang masih kaya-kaya...hahaha..thanks friend...mmg kamu sangat memahami diriku saat ini....wakaka...apa-apapun, saya tetap berharap nanti saya akan jumpa jalan penyelesaiannya. Tuhan bantu diri ini. Amen.


Tabung!!!???....hahaha....taik la kalau ada tabung. hmmm simpan duit pun tidak dapat inikan lagi ada tabung untuk diri sendiri.. terpaksa BAPA jugalah yg jadi pengharapan. Hmmm...tapi setakat ini belum lagi la..yes!!!..hihi...ok la...sekadar perkongsian, manala tau kan, kamu pun ada pengalaman mcm  ni..jadi kalau kamu ada apa2 cara yg terbaik untuk halang guna duit..bah kasi kumin2 la sanaaa bawah kio.. pounsikou..hehe

Saturday, July 21, 2012

Langkah demi langkah

Penulis pada kali ini sangat bingung untuk melakukan keputusan. Bagaimana untuk memulakan satu langkah yang betul-betul ampuh, sesuai dan terbaik? Pelaburan pertama adakah ia akan berhasil? Adakah ianya akan memberikan satu balasan/pulangan yang sangat berbaloi? 

Tuhan, adakah langkah yang telah saya ambil ini benar?

Wednesday, July 11, 2012

Aktiviti bersama keluarga..

Apa yang anda lakukan pada masa cuti?...pastinya anda sendiri mempunyai rancangan lain yang pastinya sangat menarik bukan?...

Hari ini, saya ingin mengongsikan kepada semua mengenai aktiviti saya sepanjang cuti di kampung..

tak payah cakap banyak...tengoklah gambar dan nilaikan sendiri..hehe

Dalam perjalanan menuju ke Sungai...Bukit

Sungai yang dituju...hmm kanak-kanak.....bila jumpa sesuatu yang menyeronokkan mereka mmg sukar untuk ditegah...apapun jangan kongkong anak-anak anda..tapi pastikan keselamatan mental, fizikal dan rohani mereka terjaga.

hmm aktiviti tangkap ikan tak pula sempat ambil...masa ni dah sampai untuk masa makan...

bagi orang kampung...suasana makan di tepi sungai adalah sesuatu suasana yang sangat menyelerakan..

Ikan panggang....cicah dengan cili...memang sedap...haha...

masa untuk balik..naik bukit....

ok....sampai tempat parking...kawasan ini adalah merupakan kawasan latihan tempur askar diRaja Malaysia..port Kem Paradise....hmm kalau tak ada awan di depan tu..boleh nampak keindahan gunung Kinabalu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...