Sunday, April 8, 2012

My Third PBS at SK Rosok

Semua pelatih IPG mengimpikan untuk cuba berPBS di tempat sendiri. PBS dalam kata penuhnya ialah Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu program wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru pelatih di IPG sebagai landasan untuk menimba pengalaman sebagai seorang guru kelak dan sebagai persediaan untuk membiasakan diri sebelum melangkah ke alam praktikum.

Saya sendiri sebagai anak jati Rosok rasa teruja untuk melaksanakan program ini kerana sekolah ini merupakan bekas sekolah saya sendiri. Oleh itu, saya dapat bertemu semula dengan bekas guru saya serta dapat peluang untuk memasuki kelas-kelas yang muridnya ada diantaranya ialah anak buah dan sepupu.

PBS selama 1 minggu ini sangat memberikan kepuasan kepada saya kerana Pengalaman yang telah saya perolehi sangat berbaloi dan memberikan cabaran kepada saya sebagai bakal guru pada era akan datang. Sekian sahaja coretan, seterusnya saya sajikan anda dengan gambar sepanjang saya berPBS seorang diri di Sekolah Kebangsaan Rosok Kota Belud, Sabah.






















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...