Wednesday, April 6, 2011

salam semua....
hari ni saya tak bercerita pasal apa2 pn tentang aktiviti saya. hari ni saya nak kogsi dengan kawan2 pasal hidup saya. saya sengaja ambil kesempatan ni untuk post dalam BLOG ni. time ni belum siap assigment lagi. besok dah nak hantar (7-3-2011)...PKK en. Ruslin. 


ntahla...knapa stiap kali terkenang masa lalu, mesti orang akan rasa sedih bila mengenangkan ketika sedih dan rasa rindu pula bila mengenangkan ketika bergembira. saya ada banyak pengalaman pahit dan manis. (mungkin tidak sebanyak anda)....tetapi saya tetap bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk merasai bagaimana seseorang itu gembira, sedih, marah, kecewa, menyesal dan sebagainya.


dulu zaman budak-budak lagi, saya seoarng yang agak cerah kulitnya..macam sekarang ni taik lalat saya tetap setia melekat di pipi kiri ku(sambil meraba taik lalat untuk mendapatkan kepastian lokasinya). inilah indentiti saya sebenarnya. tapi dari jauh memangla orang tidak akan tau siapa saya sekiranya bergantung kepada indentiti taik lalat. hmmm saya bukannya nak bercerita tentang taik lalat ni. korang tau.....Dulu saya seorang yang biasa2 saja di kalangan kanak-kanak sebaya saya. saya tidaklah menonjol sangat kerana tindakan/cara bapa saya mengawal pergerakan saya. saya tidak tahu knapa bapa saya begitu "strict" time dulu-dulu, time tu saya masih budak hingusan lagi. sikit ja yang saya tau. yang saya tau time tu adalah untuk makan, main, minta duit sahaja. biasalah budak-budak manalah saya tau apa ertinya hidup time tu. 


saya masih ingat.....satu ketika mami@nina saya pernah kai tinggal kami untuk beberapa minit untuk ke pasar. dekat saja tu pasar bah, lebih kurang 1 kilometer sja la dari rumah. saya hanya tinggal dengan adik saya yang kecil saja time tu. (rindu pula time kanak-kanak, tidak puas tngok muka kami puas2)...(sedih pla bab ni)...korang tau...nina saya cuma bagi lalaikan kami dengan beberapa album gambar untuk tatapan kami. nina saya bagi alasan untuk ke tandas sekejap dan kata-kata itu masih terngiang2 d telinga ini sedangkan sudah bertahun2 lamanya...sungguh ajaib ciptaan TUHAN. "nong hiti po yokoyu k, ongoi oku po taie. intangan no e nanak"....huhuuhuhu.....terharu betul ingat time tu. lepas tu nina kami pun jalanlah..saya dengan adik saya membelek la gambar2 dulu. tengok gambar abang n kakak kami. kami langsung tidak sedar berapa lama kami duduk dalam keadaan itu. beberapa minit kemudian, nina kami pun datang sambil bawa kuih pisang. walaupun saya rasa hairan kenapa adanya kuih itu...tapi saya tahu bahawa hari itu adalah hari khamis/ampat iaitu hari tamu. barulah nina saya bagi penjelasan kepada kami. dan saya pada masa itu bukannya memberikan respon. hanya tahu makan saja.


pengorbanan nina dan mama sangat besar buat kami....saya betul-betul rasa bersalah kepada mereka. 


dahulu.....saya banyak meminta itu dan ini. bila tidak ditunaikan, seperti budak yang lain saya akan menangis apabila tidak ditunaikan. dulu bukannya senang untuk mendapatkan barang permainan seperti yang ada sekarang. walaupun harga barang permainan dulu adalah murah namun ianya menjadi mahal hanya kerana disebabkan pendapatan keluarga kami yang sedikit. tapi dengan KASIH SAYANG yang ada pada kedua bapa/mama dan nina saya, mereka tetap memberikan yang terbaik kepada saya dan adik-beradik kami yang lain. terima kasih nina om mama..kounsikou dokoyu.


saya berdosa kepada mereka berdua....


saya masih ingat.....semasa kanak-kanak. kanak-kanak yang sedang meningkat matang....dalam tahun 4-5...saya sudah pandai memberontak dan melepaskan kata-kata yang tidak sepatutnya saya luahkan. hal ini sangat-sangat memberikan perasaan menyesal kepada saya. saya mengaku saya pernah memaki mereka berdua sebagai ibu bapa saya. saya pernah menggelar mereka bodoh dan gila hanyalah disebabkan perkara yang saya tidak puas hati dan saya merasakan tindakan saya itu adalah betul. maafkan saya mama om nina.


saya tidak memahami dan mengetahui apa sebenarnya erti pengorbanan mereka pada masa itu. saya langsung tidak memahami. saya akui, saya pernah mencuri wang tabung sekolah. saya pernah mencuri wang tabung kakak saya. saya juga pernah mencuri wang tabung pelajar-pelajar tahun 6. saya melakukan ini hanyalah untuk makanan dan keseronokan sahaja tatkala "kemewahan" yang sementara itu. benarlah kata pepatah Melayu....."sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga"....hal ini langsung tidak diketahui oleh ibu bapa saya. sehinggalah sepupu saya sendiri melaporkan perbuatan kami itu sendiri kepada kawannya. dan pada masa itu kawan sepupu saya melaporkan perbuatan kami itu kepada tauke kantin yang juga merupakan guru bahasa melayu dan muzik di sekolah yang kami berada. daripada hal itu lah tembelang kami pecah dan kemewahan kami berakhir. untuk hal ini, saya sangat bersyukur hingga sekarang kerana perbuatan kami ini diketahui dan tidak berlanjutan.


sepanjang hidup remaja saya (di bangku sekolah)..saya banyak berbohong dan melakukan perkara yang tidak diketahui oleh mama n nina saya. saya hanya memikirkan tentang kepentingan dan keseronokan diri sendiri sahaja. saya masih tidak memikirkan apa yang harus saya lakukan untuk kedua ibu bapa saya. mujurlah saya masih mempunyai kesedaran tentang erti kasih dan sayang dalam keluarga. Syukur kepada Tuhan.


pada masa ini, saya sudah berada di bangku IPG, saya teringat-ingat tentang keluarga saya. bagaimanakah mereka, apakah mereka gembira di kampung?.,.adakah makan minum mereka terjaga?.....namun saya tetap yakin kerana adanya kehadiran kakak sulung saya di kampung. kakak saya ni sudah pun berkhawin n tinggal di kampung. jadi saya kira yakinlah dengan keadaan mereka kerana ada juga mata yang boleh tengok-tengok kan mama n nina n adik saya yang sekarang ni berumur 20 thn.(21-11-1991)


saya masih ingat....time MPPB (orientasi pelajar baharu)...LDK En. Bujang sangat memberikan erti kehidupan tentang kekeluargaan. kedua kali saya menangis di depan khalayak ramai. air mata yang ikhlas daripada mata ini mengalir tanpa disedari. saya tahu Slot pada masa itu adalah berkaitan dengan "kehidupan sang Penguin".....disebabkan penguin pada masa itu sangat2 bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka, saya dengan perasaan yang tiba-tiba hadir berdiri dan berkongsi air mata dengan setiap pelatih pada malam tersebut. saya langsung tidak tahu kenapa saya boleh jadi macam tu. tetapi saya tetap bersyukur kerana  diberikan peluang untuk "MENGINGATI' semula jasa-jasa kedua ibu bapa saya. 


mama om nina, sebelum terlambat, saya mengucapakan sebanyak-banyaknya kemaafan dan keampunan atas segala dosa-dosa dan salah-salah saya selama ini terhadap kamu berdua. saya menyedari bahawa manusia tidak akan kekal lama dalam dunia ini. saya betul-betul menyesal atas semua kesalahan yang pernah saya lakukan atas kamu berdua. saya betul-betul tidak menyangka saya kini berada di tahap yang hampir menuju kejayaan kerana JASA-JASA mu ya mama dan nina ku. saya sayangkan kamu. walaupun ini adalah kata-kata yang amat susah untuk saya ungkapkan kepada kamu berdua, tetapi ketahuilah.. dalam hati ini, KAMU berdua tetap menjadi perintis dan pembakar semangat saya selama ini.


sedikit tentang keluarga saya:
bapa saya=Kindan Tunding
nina saya=Kiom Sibin
abang 1=Sompot Kindan
kakak 1=Muria Kindan
kakak 2=Nisah Kindan
abang 2=Gilbert Kindan
saya sendiri=Kamlit Kindan
adik saya =Edward Kindan


*terlalu banyak yang saya perlu katakan, namun cukuplah ini sebagai perkongsian kita, saya menyeru anda untuk mengasihi dan menghormati ibu bapa anda sebaik-baiknya. kenangla jasa-jasa mereka selama ini"

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...