Wednesday, July 11, 2012

Detik yang dirindui bersama keluarga

air dicincang tak akan putus~~

Pepatah melayu sangat terbukti kebenarannya. 
Pada saat ini, saya ingin berkongsi dengan para pengunjung tentang detik yang bermakna dalam hidup saya. Bila mengenangkan saat bersama keluarga, secara tidak langsung perasaan sebak akan timbul dalam diri ini. Saya sendiri tidak menyangka saya mempunyai sikap dan perasaan seperti itu apabila mengenangkan saat bersama keluarga. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah menganugerahkan kepada saya sebuah keluarga seperti ini. Walaupun mungkin tidak seberapa bahagia berbanding dengan yang lain..namun..saya sebagai anak sudah berasa sangat bersyukur kerana keadaan seperti ini. Saya percaya bahawa setiap insan mempunyai keadaan keluarga yang berbeza-beza...begitu juga dengan saya. Terima Kasih Tuhan. Apa yang penting..saya sayangkan Keluarga saya.

Walaupun banyak dugaan yang melanda keluarga saya...saya tetap bersyukur dan terus berdoa agar Tuhan mempunyai rencana yang terbaik buat Keluarga saya hingga ke akhirat. Saya berasa sangat beruntung kerana dengan adanya dugaan seperti ini, ianya dapat mematangkan saya serba sedikit.

hmmm emosi la pula..ok la.....mungkin gambar-gambar ini adalah sesuatu yang biasa..namun bagi saya..ianya sangat bermakna dan sangat jarang untuk berlaku dalam sejarah keluarga saya..

TERIMA KASIH TUHAN

Momen yang jarang berlaku...makan BERSAMA antara adik beradik yang lain yang sudah mendirikan rumah tangga masing-masing.

Siapa sangka keadaan ini memberikan makna yang sangat bernilai kepada saya...

Rosak pula gambar ni...

hmmm x semua pula ada dalam gambar (org d rumah pada saat ini)...

masih ada 2 orang penting yang tiada dalam gambar ini....saya pastikan pada suatu hari nanti semuanya pasti akan berkumpul bersama-sama dan makan seperti ini....

ini keluarga saya..dan saya sangat bangga hidup dalam kesederhanaan. Tuhan telah memberikan yang terbaik  dalam hidup saya. Terima Kasih Tuhan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...