Wednesday, July 11, 2012

Detik yang dirindui bersama keluarga

air dicincang tak akan putus~~

Pepatah melayu sangat terbukti kebenarannya. 
Pada saat ini, saya ingin berkongsi dengan para pengunjung tentang detik yang bermakna dalam hidup saya. Bila mengenangkan saat bersama keluarga, secara tidak langsung perasaan sebak akan timbul dalam diri ini. Saya sendiri tidak menyangka saya mempunyai sikap dan perasaan seperti itu apabila mengenangkan saat bersama keluarga. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah menganugerahkan kepada saya sebuah keluarga seperti ini. Walaupun mungkin tidak seberapa bahagia berbanding dengan yang lain..namun..saya sebagai anak sudah berasa sangat bersyukur kerana keadaan seperti ini. Saya percaya bahawa setiap insan mempunyai keadaan keluarga yang berbeza-beza...begitu juga dengan saya. Terima Kasih Tuhan. Apa yang penting..saya sayangkan Keluarga saya.

Walaupun banyak dugaan yang melanda keluarga saya...saya tetap bersyukur dan terus berdoa agar Tuhan mempunyai rencana yang terbaik buat Keluarga saya hingga ke akhirat. Saya berasa sangat beruntung kerana dengan adanya dugaan seperti ini, ianya dapat mematangkan saya serba sedikit.

hmmm emosi la pula..ok la.....mungkin gambar-gambar ini adalah sesuatu yang biasa..namun bagi saya..ianya sangat bermakna dan sangat jarang untuk berlaku dalam sejarah keluarga saya..

TERIMA KASIH TUHAN

Momen yang jarang berlaku...makan BERSAMA antara adik beradik yang lain yang sudah mendirikan rumah tangga masing-masing.

Siapa sangka keadaan ini memberikan makna yang sangat bernilai kepada saya...

Rosak pula gambar ni...

hmmm x semua pula ada dalam gambar (org d rumah pada saat ini)...

masih ada 2 orang penting yang tiada dalam gambar ini....saya pastikan pada suatu hari nanti semuanya pasti akan berkumpul bersama-sama dan makan seperti ini....

ini keluarga saya..dan saya sangat bangga hidup dalam kesederhanaan. Tuhan telah memberikan yang terbaik  dalam hidup saya. Terima Kasih Tuhan.

Detik yang agak mencemaskan Blogger..

Salam kepada semua...

kali ini, saya nak berkongsi dengan para pengunjung dengan satu detik yang agak mencemaskan dan berbahaya pada suatu malam di rumah.

Tarikh pada malam itu tidak dapat dipastikan..tarikh pada gambar pun mcm menipu pla..hahaha...
Kejadian pada malam itu berlaku sebelum saya dan mami saya mau tidur. Sebelum sempat melelapkn mata..mami saya memanggil nama saya dan memaklumkan "ada seekor ular di sebalik tilam yang bersandar pada dinding rumah"....huh agak terkejut dan cemas pada ketika itu..

cuba cek...memang betul2 ada...apalagi..mencari2 benda untuk digunakan sebagai senjata..kalau boleh yang panjang...hahaha..

Tilam direbahkan....naaa...ada 1 ekur ular hitam, x pasti apa namanya....tp nampk mcm berbisa...

tap...tap...tap...lbh kurang begitulah bunyinya kayu yang saya gunakan untuk pukul ular tersebut..x sempat pun ular tu lari..
apapun...saya bersyukur kepada Tuhan kerana tidak ada apa-apa yang berlaku pada malam itu..Thanks God.

kadang-kadang terfikir juga saya....adakah tindakan saya wajar?..
kesian pula dengan ular ni..;(

Habis hancur dari kepala hinggalah bahagian ekornya..

Lebam sana-sini..


walau apapun yg terjadi...inilah hasilnya....yang penting niat untuk mempertahankan keselamatan diri dan keluarga..Tuhan maafkan saya.

Blogger Sambung Episode Baru

Salam semua penggemar Blog~~

Nampaknya dah lama benar saya tidak "mengupdate" blog "Coretan Tanak Kampung" ini. Hmm agak sedih bunyinya. Hahaha...tapi tak apa, hari ni...disebabkan adanya masa terluang, saya dengan secara paksaan menahan tidur untuk "publish" benda yang mungkin sepatutnya saya dah "publish" berkurun lama dahulu.

Manusia memang tetap akan menjadi manusia selamanya...haha..entah apa2 saya merepek..(jam 1.03 am)

ok la...tanpa membuang masa, saya dengan x rasa malu ingin berkongsikan kepada semua beberapa momen yang selama ini tidak sempat saya kongsikan buat penjelajah Blog. Terimalah...dah mcm lagu la pula..

sapa tau apa benda ni?...Saya panggil ni kek pisang..sedap juga kek ni. Ucapan terima kasih kepada sahabat yang sentiasa membawakn makanan ini tepat pada waktunya..x lain x bukan,...Cik Laila..hehe..lain kali bawa banyak sikit...

kalau x silap, gambar ni diambil pada Tahun Lepas 2011..Dua kelas BM iaitu BM1 dan 2 telah bersepakat dengan Tutor masing-masing untuk mengadakan 1 majlis Hari Keluarga untuk Opsyen BM..tapi sayangnya...Opsyen BM (senior) yang lain x terjoin...x apa la...

Beliau yang memakai pakaian seragam Pengakap ialah En. Ismail bin Thani iaitu Tutor kepada kelas BM yang satu lg...Mereka x ada dalam gambar setakat ini kerana sibuk dengan aktiviti lain yang wajib...x ingat sda...

Sambil buat kerja...borak-borak sampai senyum ke telinga..hhahaha....we like a BIG FAMILY...hmm miss that moment...

kehalusan hasil kerja tangan wanita terbukti pada saat ini...bnyak lagi kerja yg lain..ini sja yg sempat "ter'snap'"..hehe

hmmm kalau nak tahu...ini ialah salah satu masakan tradisional Kaum Iban di Sarawak...hehe jangan salah faham..kami di IPG Kampus Keningau, Sabah. Ayam Pansuh, ayam bandar..hehe..

Ayam pansuh yg sudah masak dan siap untuk dihidangkan....buluh lemang tadi harus dialas dengan menggunakan apa sahaja agar tangan tidak melecur....panassssss...

this is Ayam Pansuh....hasil kerja Guru Pelatih 1 Malaysia..hehe..

hmm sangat menyelerakan...Baunya pun sudah cukup memadai sebagai pembuka selera..

pada waktu malamnya....we have party tonight..hehe..aktiviti Karaoke bah ni...bnyak pnsyarah yang hadir...cukup2 sporting dan meriah...hehe.jeles orang atas (hostel masa ini)

tak tahu bila pula masa ni...yg sy ingat masa ni adalah pada hari persaraan 3 org pesara di Ipg Kampus Keningau. Setiap Opsyen diwajibkan untuk menanam satu pokok sebagai simbolik.

hmm ini pula terjadi pada Tahun lepas juga....masa ni kami ada perlawanan Bola Sepak di Kg. Rancangan Pamilan. (kalau x silap) tolong betulkan kalau saya salah. X sangka kami adalah johan dalam pertandingan ini..hahaha..penentuan juara yang diputuskan dengan tendangan Penalti tanpa ada perlawanan..kerana kedua-dua pasukan yang brtanding ialah wakil daripada pasukan Ipg Kampus Keningau. 

watak dalam gambar : Jackson Jadi (botak)..;P & Ansi ak Konyuo

ok la...smpai disini shaja untuk ruangan ini..semoga bertemu pada lembaran yang seterusnya...;P

Sunday, April 15, 2012

Favourite...

Salam kepada rakan taulan....makin lama, makin malas pla ni mau update Blog...bah x cerita sda..mau buat cmna lagi..tp sy tetap akan terus berusaha hingga ke jam2 yang terakhir...

hari ini, saja sy nak kongsikan dengan semua KARTUN FEVRET saya sejak lahir..ceh..mcm trus lahir trus dapat tengok TV..kalau cakap pasal TV, saya pernah rasa mcmna tengok kartun dalam TV hitam putih. hehe...ingat2 skrg...mmg penuh kenangan.

Ingatkah lagi anda dengan karakter SON GOKU/Sujikon? Budak yang pada mulanya begitu daif dan hidup dengan berkawan dengan hidupan, haiwan2 dan sebagainya...berhati baik/suci sebab tu la dapat naik awan Nimbus/awan Guling....

Duluuuuu...abang saya pun kaki komik jg. Sejak dari itulah saya mengenali kartun ini...hehe..awalnya ingat nak kumpul komik kartun ni sebagai koleksi..namun disebabkan kewangan/faktor ekonomi yang tidak mengIZINkan terpaksalah melupakan hasrat tersebut....

TAPI TAK SANGKA....sampai sekarang, saya masih meminati KOMIK ini...mantaplah...

Goku masa kecil

Goku apabila berguru dengan mahaguru Muten

karakter Goku semasa berlawan dengan Pikor Tua

Zaman Budak sekolah...suka betul melukis...lukis kartun Goku jadi pilihan..

Evolusi Goku

Super Goku

Super Saiyan

Dragon Ball GT goku menjadi kecil?!!

Sebelum kejadian...Raja Pilaf yang telah menyebabkan Goku menjadi kecil..

walaupun kecil..kekuatan Goku sedikit pun tidak berubah

The great Saiyan Prince..Super Saiya 4-Kakaroct@Goku

hmmm...apa kata anda?..sampai sekarang..sy masih minat dengan kartun ini...sangat berpuas hati bila kawan ada menyimpan dan menDOWNLOAD kartun ini daripada episod awal hingga akhir..ble jg layan time boring..hehehe...TQ. Love Anime



Sunday, April 8, 2012

My Third PBS at SK Rosok

Semua pelatih IPG mengimpikan untuk cuba berPBS di tempat sendiri. PBS dalam kata penuhnya ialah Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu program wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru pelatih di IPG sebagai landasan untuk menimba pengalaman sebagai seorang guru kelak dan sebagai persediaan untuk membiasakan diri sebelum melangkah ke alam praktikum.

Saya sendiri sebagai anak jati Rosok rasa teruja untuk melaksanakan program ini kerana sekolah ini merupakan bekas sekolah saya sendiri. Oleh itu, saya dapat bertemu semula dengan bekas guru saya serta dapat peluang untuk memasuki kelas-kelas yang muridnya ada diantaranya ialah anak buah dan sepupu.

PBS selama 1 minggu ini sangat memberikan kepuasan kepada saya kerana Pengalaman yang telah saya perolehi sangat berbaloi dan memberikan cabaran kepada saya sebagai bakal guru pada era akan datang. Sekian sahaja coretan, seterusnya saya sajikan anda dengan gambar sepanjang saya berPBS seorang diri di Sekolah Kebangsaan Rosok Kota Belud, Sabah.






















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...