Wednesday, February 22, 2012

Aktiviti-Aktiviti yang tertinggal...

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua warga penceroboh Blog yang saya kasihi dan hormati. Pada masa kelapangan ini, saya dengan rasa senang hati dan lapang sengaja dan ikhlas untuk meng"uplod" gambar-gambar aktiviti-aktiviti yang tertinggal...

Banyak kenangan yang telah berlaku dan terjadi sebelum ini. Saya sendiri berasa sangat terkilan dengan keadaan diri saya yang agak pemalas sejak kebelakangan ini. Oleh itu, dengan tekad untuk berjaya (mcm lirik lagu la pulak) saya mengorak langkah bermulanya pada hari/waktu ini berusaha untuk melakukan tugas-tugas yang menjadi keutamaan kepada saya sebagai manusia yang penyayang...haha...;P

Apa khabar semua Blogwalking?...Semoga dalam pertemuan kita pada kali ini sedikit sebanyak memberikan faedah dan pengalaman yang baharu buat anda dan saya sendiri..(komen2 la sikit)..

Kalau anda semua nak tahu, pada saat ini (23-2-2012-2.48am), saya baru sahaja selesai Print Tugasan EDU3104 yang perlu saya hantar untuk pagi pada tarikh yang tertera ini. Sapa suruh KERJA LAST MINIT!!!...Ambik ko...baru ko tau Kamlit!..

Ok la..Tanpa Membuang tenaga dan masa saya serta anda sebagai peminat setia dan setia paksa Blog ini, ingin saya kongsikan beberapa gambar yang mungkin menarik dan juga mungkin tidak menarik untuk ditatap.....Silakan...~~

Pekan Kota Belud-Bangunan Hardware New Likson

Pintu Masuk Kedua di Kubu Memorial Park Kundasang Ranau.

Keadaan Kubu Memorial Park yang mengalami perubahan. Dindingnya dipecahkan/diruntuhkan. Dulu ada dinding batu yang sangat tebal-hasil seni orang barat-mungkin juga orang tempatan menjadi buruh suruhan.

Lansdkap yang menarik. 

You Are Welcome Here...

At Desa Cattle-Kampung Desa...orang bilang tempatnya seperti di New Zealand..kalau nak tahu keadaan tempat ni sendiri, silalah bertandang ke Kampung Desa...Layanan yang baik akan diberikan...

Permukaan batu yang menarik...simbolik Gunung Kinabalu.

My mom and her Friend...Aunty Risah-Beli bunga...

Bunga kaktus..blm ada bunga..

My Brother-Edward Kindan

oh ya..lupa nak bagitahu aktiviti ni, sebenarnya aktiviti ini adalah anjuran gereja SDA Kg. Rantai Rosok. saya ikut2 saja...aktiviti hari keluarga. Ini merupakan tempat penginapan kami sepanjang aktiviti itu...dua hari satu malam saja pun. tempat ni terlalulah sejuk...sampai ke sumsum tulang rasanya...nama tempat ni Retreat Center, Kundasang Ranau.

Jambatan gantung yang terdahulunya ditukar dengan jambatan yang lebih kukuh dan tidak menggayatkan pejalan kaki untuk berjalan menuju ke Kolam Air Panas, Air Terjun, Kolam Renang, Monkey Bridge..dsb...Di Poring bah ni..Silalah Datang.

ini merupakan Ikan Kelah-Semenanjung. Ikan Pait-Rantai Rosok. Ikan Pelian-sesetengah Tempat lain. Tempat ini merupakan satu tempat yang agak menakjubkan dengan himpunan ikan-ikan yang jinak dan banyak dalam sebatang sungai yang sederhana lebarnya. Dikatakan ikan-ikan ini mampu untuk melakukan urutan terapi pada kulit anda.

My mom is playing with Ikan...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...