Wednesday, February 22, 2012

My Second PBS at SK Tuarid Keningau

Untuk post yang seterusnya, saya ingin mengongsikan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang PBS-Pengalaman Berasaskan Sekolah di sebuah sekolah luar bandar yang terdapat di Daerah Keningau Sabah. Sekolah ini agak kecil sahaja kawasannya dan mempunyai pelajar yang berjumlah sederhana. kebanyakan tenaga pengajar yang mengajar di tempat ini adalah warga tempatan dan juga beberapa orang daripada Semenanjung. Percampuran ini jelas menunjukkan konsep satu Malaysia walaupun tidak begitu ketara kerana bilangan yang tidak ramai. 

Satu perkara tragis telah berlaku sebelum kami ber PBS di sekolah ini. Hari Sabtu sebelum hari isnin di hari kami ber PBS telah berlaku satu kebakaran yang menyebabkan tiga kelas telah hangus serta merta. Walau bagaimanapun, pihak sekolah ini sangat berkomited dalam sesi p&p murid-murid. Walaupun telah berlaku kekurangan seperti ini, pihak sekolah tidak menisytiharkan cuti sebaliknya tetap melangsungkan hari persekolahan seperti biasa sama seperti sekolah-sekolah yang lain. Jadilah Pendidik yang Berkomited.

manusia dalam gambar-Megritta dan Loqman; berlatarkan bangunan Sekolah yang terbakar. Senyuman tu tak memberikan makna apa2..jgn salah sangka..

perhimpunan pada hari Isnin, teringat zaman kanak-kanak dulu..berbaris mula daripada tahun 1 hinggalah Tahun 6..dan Para pengawas yang berbaris di belakang barisan untuk mengawasi tingkah laku murid-murid yang lain.

Pemandangan daripada bilik Penolong kanan 1 sekolah Sk Tuarid Taud.

Cermin boleh pecah walaupun jarak bangunan yang terbakar adalah lebih daripada 10 meter...

Bila tak ada guru yang mengajar..kami ambil alih namun bukannya mengajar tetapi membawa murid-murid untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan....rindu pla masa tu..hehe..;P

Perhimpunan pada hari terakhir kami PBS..hari jumaat. Kebetulan kami berPBS selepas beberapa hari perayaan Hari Raya dirayakan...sejurus dengan itu Sekolah ini telah menyambut Hari Raya bersama murid-murid, staf-staf dan pekerja yang lain di samping sebagai majlis perpisahan untuk kami...

Cikgu Shikin dan Cikgu Loqman sibuk melayan kerenah murid-murid yang ingin meminta tandatangan dan nombor telefon. Beginilah murid-murid apabila dilayan menjadi anak murid yang disayangi..hehe..

"kami ni artis-penyanyi sekolah..."...request daripada murid-murid tahun 6 dan 5..."Cikgu gambarlah kami"..hehe...Cikgu harus memberikan peluang kepada murid-muridnya..

sebelum melangkah pulang...kami berkolaborasi bersama dengan Guru Besar di Sekolah ini di samping bergambar bersama sebagai bukti Kolaborasi. Sekian...;-)

2 comments:

  1. Saya ialah salah seorng pelajar yg ada d gmbr trsbut.. sekrang kami menghadapi ujian yg besar iaitu SPM. Trima kasih krna smpat mngmbil gmbr kami.. bnyk kenangan lama yg susah untuk dilupakan.. :') ia memberikan sy semangat yg tinggi untuk menghadapi SPM!

    ReplyDelete
  2. All the best. Sentiasa bermotivasi untuk terus berjaya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...