Thursday, October 11, 2012

LAGI-LAGI PASAL MOMENT YANG TERTINGGAL

Lagi-lagi pasal kenangan yang tertinggal. Inilah masalahnya bila sudah ada Kamera. Snap sana, snap sini sudah terlampau banyak gambar yang diambil hingga mengalami kesukaran untuk mendokumentasikannya satu persatu dalam blog. Aduii...pengorbanan masa tidur terpaksa la dilakukan. 

Okay, hari ini saya akan hidangkan mata kalian dengan gambar-gambar yang dianggap menarik oleh saya sendiri. Tak tahulah, menarik ke tidak, saya tak berapa pandai nak menilai sejauh mana menarik sesuatu gambar itu. Apa-apapun sebagai makluman awal, gambar-gambar ni diambil daripada beberapa tempat yang berlainan dan masa yang berlainan. Tapi tak banyak la. Terpaksa dikurangkan sebab terlalu banyak.

Gambar ni diambil di kawan pekan Tambunan. Area bulatan di tengah2 jalan raya. Kegilaan tiba2 timbul akhirnya sepakat terus jadilah macam ni..haha.. Mercu tanda di Tambunan. Sompoton Gergasi.

Memorial Datu Paduka Mat Salleh. Tempat ni di Tambunan juga, kalau jalan Ranau ----> Keningau atau sebaliknya pasti akan jumpa Sign Board di tepi jalan raya.
 
 Ok..tempat ni dipercayai pernah jadi tempat persinggahan oleh askar Australia semasa perang dunia ke-II dulu. Tempat ni masih di Kawasan Tambunan. Biasa saja tempat ni, yang ada hanya Tugu ini, ada beberapa buah batu besar dan pondok yang di belakang tu. Belakang pondok tu ada pemandangan yang agak cantik iaitu kawasan bukit dan ada sungai.
 
Sepatutnya gambar ni sebelum gambar yang di atas tu, tapi tak apalah. Ok gambar ni diambil di Tambunan juga, area simpang ke Tambunan, Kota Kinabalu dan Ranau. Mercu Tanda Tambunan juga iaitu Halia. 

Ok gambar ni diambil di tempat rekreasi Poring Ranau. Tempat ni dikenali sebagai Air Terjun Langanan. Jauh juga tempat ni dari kawasan Kolam tempat mandi-manda tu, jaraknya lebih kurang 3Kilometer dan perlu mengerah tenaga yang banyak sebab terpaksa naik bukit yang agak tinggi. Hurmm seksa juga waktu pergi sana. Tapi bila dah sampai tempat ni, memang puas hati. Tak ada bayaran masuk kecuali bayaran masuk di Gate awal tu sahaja.

Nah tengok ni, muka kepenatan naik bukit untuk ke Air Terjun Langanan. Belum sampai separuh daripada perjalanan dah penat macam tak nak sambung perjalanan saja. Yang lain tu ambil masa untuk cek sana sini, sebab ada PACAT!!!..hahaha...kalau geli dengan pacat, baik jangan pergi la sini, sebab memang akan ada pacat yang melekat.

Ok, beralih kita pada masa yang lain. Gambar ni diambil di Tambunan. Masa ni kami pergi ikut tournament Futsal di Tambunan. Masa balik tu, singgahlah sekejap di sini untuk saja ambil gambar. Mmm untuk pengetahuan, Tugu ni diberi nama Gombunan dan Tamadon. Nama Tambunan diambil daripada gabungan dua-dua nama pahlawan Dusun Tambunan tersebut.

Masa ni agaknya sudah beberapa minggu selepas gambar-gambar di atas tu. Gambar ni baru lagi. Masa ni kami sengaja piknik di Sungai Bunsit Bingkor Keningau. Air sungainya jernih dan banyak IKAN!!...Tapi sayangnya, sungai ni kena Tagal. Tagal maksudnya dilarang menangkap Ikan, kalau didapati bersalah akan didenda RM5000 atau seekor Lembu. Hahaha...

Ni dorang yang lain. Ready-ready untuk mandi. Sejukk!!..

 Selepas mandi masih ada aktiviti lain sebelum balik. Mendirikan menara batu!!..haha..

Seterusnya semasa perlawanan Futsal tertutup di Kompleks Sukan Tambunan. Sepatutnya orang luar tak boleh masuk, tapi disebabkan orang sana yang membawa, terpaksa ikut sajalah. Itupun nasib baik tak menang, kalau tidak mungkin akan dikecam..hahaha..

Inilah team belasahan....tak sangka boleh kalah 3 game dalam 3 perlawanan dalam kumpulan. Agak menyedihkan juga, tapi orang bilang, yang penting MAIN dan PENGALAMAN.

Tak sangka-sangka masa perlawanan ni tiba-tiba boleh jadi orang Tambunan yang dah lama tak balik kampung. Boleh-boleh pula tu jadi sepupu orang..hahaha..







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...