Sunday, October 7, 2012

Program Anak Angkat BIG FASA EMPAT

Salam kepada pembaca...

Tanggal 7hb. Oktober. 2012 maka dengan itu berakhirlah Program Anak Angkat yang telah dijalankan di Kg. Penagatan Keningau Sabah. Program ini telah dilaksanakan selama 3 hari iaitu bermula pada 5. Okt (Jumaat) hingga 7. Okt (Ahad). Sebanyak 35 orang peserta yang telah menyertai Program ini iaitu terdiri daripada 13 orang perempuan dan 22 orang lelaki. Para peserta kebanyakkannya adalah berasal daripada negeri Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung-(1 orang sahaja). Para peserta juga adalah pelatih Semester 4 di IPG Kampus Keningau dan mengambil opsyen yang sama iaitu BM,PJ dan RBT. Walau bagaimanapun, bilangan ini dipisahkan kepada 2 kelas iaitu BM1 dan juga BM2 semasa di Ipg.

Sepanjang perlaksanaan Program beberapa orang pensyarah telah datang untuk memberikan penilaian dan sengaja datang untuk melawat kami. Pensyarah penilai yang datang ialah En. Ismail Thani dan juga Pn. Norhayati binti Idris. Kedua-dua pensyarah penilai ini adalah merupakan Tutor bagi kedua-dua buah kelas yang telah menyertai Program Anak Angkat ini. Beberapa pensyarah lain yang telah datang melawat kami ialah En. Mazlan Ngah (KJ HEP IPG), Tn. Hj. Zakaria (Pak Yah), dan Pn. Hjh. Zainab Khan (Pensyarah Cemerlang). Kami sangat menghargai kunjungan mereka kerana telah sama-sama memberikan sokongan kepada kami dalam mengendalikan aktiviti di Kampung tersebut.

Secara peribadi, saya sangat menghargai penerimaan penduduk kampung terhadap kedatangan kami sebagai Anak Angkat di Kampung tersebut. Mereka memberikan layanan yang baik kepada kami sepanjang Program tersebut. Walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul, namun sebagai orang yang belajar ke arah menjadi 'bijak pandai' kami terima dan faham dengan keadaan tersebut. Segala kemungkinan yang timbul adalah berasal daripada kelemahan sendiri dan masih boleh diperbaiki pada masa yang akan datang.

Baiklah, kiranya sampai di sini sahaja untuk coretan tanak Kampung. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya muat naik dalam Blog ini pada kali ini. Kalau nak muat naik semua memang tak larat dan tersangat banyak untuk di muat naik. =)

 Berkumpul di hadapan pejabat HEP untuk sesi pelepasan pelatih yang akan bertolak ke kampung untuk Program Anak Angkat. 4 buah kelas yang terlibat iaitu, opsyen PJ, MATH, BM1 dan 2.

Yang hadir-Pengarah, Timb. Pengarah, En. Jamaluddin, YDP Hidafi (lupa nama lect yang bertudung ni)

Bacaan ikrar oleh saudara Donn Neilson

Bacaan ikrar sebelum bertolak.

Perlawanan persahabatan antara Anak Angkat dan penduduk Kg. Penagatan
Aktiviti pada hari pertama, dijalankan pada waktu malam-Dikendalikan oleh saudara Hidafi dan Siti fauzella

 Aktiviti pada hari Kedua-Senaman/ Riadah-Dikendalikan oleh saudara Jackson dan Daisy

 Walaupun hanya disertai oleh kanak-kanak di kampung tersebut, namun aktivitinya tetap berjalan dengan lancar, cuma berlaku sedkit kelewatan sahaja.

Saudara Otto a.k.a Safiq Junaidi, Jackson dan Ansi menjadi tutor untuk senaman pagi.

Selepas senaman pagi, jam 8 pagi berkumpul di balai raya untuk aktiviti kemasyarakatan.

Kumpulan 1 dan 3 membersihkan kawasan KAFA dan MASJID

Selepas aktiviti kemasyarakatan, seterusnya aktiviti di tengahari bersiar-siar di rumah keluarga angkat kawan-kawan..makan mangga!!..

Sebelah petang, masa untuk sukaneka, pelatih Ipg mengendalikan sepenuhnya aktiviti pada petang itu.

Juru gambar tak selalunya ada muka, kadang-kadang sahaja, ini sajalah yang ada.

Sempat bergaya walau kepenatan.

Hari ketiga, hari terakhir-menyanyikan lagu Negara Ku.

Mendengar ucapan oleh YB.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...